Penerbitan dan keluaran Salina (filem)

Penggambaran filem ini dijalankan pada 2019. Kos pembikinan filem ini mencecah RM1 juta.[2]

Salina dikeluarkan pada 25 Mac 2021 dan menjadi filem Melayu pertama ditayangkan selepas pawagam dibuka.[4] Ia sebelum ini telah ditunda tayangan sebanyak dua kali, antara Julai dan November 2020.[5] Majlis pratonton filem ini diadakan di MM2 Cineplex, eCurve, Petaling, Selangor.[2]

Mohd Haikal Isa dari Kosmo! menulis: "Sebuah filem seram yang baik akan berjaya membuatkan emosi penonton ‘terbawa’ dengan apa yang dipancarkan di layar panggung. Jika entiti seram yang dicernakan terasa seperti berada sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang kita sewaktu menonton, itu petanda yang baik. Sayangnya, Salina seperti tidak konsisten dalam aspek tersebut".[6]